Ahad, Julai 27, 2014
Isnin, Julai 21, 2014
Latest Crochet Project - Daisy baby booties
Salam Ramadhan ke 24.. Latest project semalam siap dalam masa 2 jam mengadap dia.. huhu
Hasilnya membanggakan jugak. Cuba kreatifkan diri sebab saya boleh buat dengan contoh atau diagram tapi tak pandai nak reka pattern sendiri.. So I did it now.. yeayyy
Baby booties ni utk anak buah. Ibu dia request maroon color. Saya tambah aksesori crochet daisy sebab bunga lain macam dah biasa tengok kat baby booties. Nampak exclusive sikit lah kan.. hehe..
Nanti nak buat topi pulak nak match dengan booties ni.. tunggu lah ye..
Material:
Benang Nona no.51 (putih )
Benang Nona no.72 (maroon )
Benang Nona no.57 (kuning )
Crochet hook saiz 3.5mm
Butang kemeja warna putih
Jenis stitch:
Chain (ch )
Single crochet (sc )
Half double crochet (hdc)
Sabtu, Julai 19, 2014
Costumer order lg- baby sun hat
Lega dapat siapkan topi ni.. Tak pernah buat n tak sangka boleh buat sebaik ni..
Ramai yg puji dengan kekemasan hasil crochet topi ni.. Tuan punya pun sgt berpuas hati.. Satu kejayaan buat saya sebenarnya.. hehe.. Comel je baby tu pakai hat ni.. Memang sesuai dgn dia yg kecik molek...
Terima kasih tak terhingga buat semua yg memberi sokongan... ❤❤❤
Material:
Benang Nona warna cream no.20
Benang Nona warna grey no.19
Crochet hook saiz 4.0mm
Jenis stitch:
Half double crochet (bhgian topi)
Single crochet (bhgian grey )
Double crochet (bhgian brim)
Saya tak pandai nak bagi tutorial.. so pandai2 sendiri lah ye.. huhu
Cerita carbootsale 19 Julai 2014
Assalam.. slmt pagi..
Seronok dpt join lg jualan carbootsale kat Riverfront @ Pekan, Pahang... Tempat tu bakal menjadi tapak tetap utk CBS lepas ni.. InsyaAllah...
Alhamdulillah dgn rezeki yg saya dpt malam tadi.. Mula2 ramai yg datang singgah ke gerai saya tp takde pun yg membeli.. Memang sedih gak.. Tapi yakin rezeki tu Allah yg bagi, so layan jelah costumer walaupun dorang tak beli apa2.. Memang bahan jualan tak berapa banyak pilihan, jual apa yg ada setakat termampu je...
Tapi dipenghujung waktu, Alhamdulillah ada yg membeli.. Hasil tak banyak tapi lebih dari yg saya target.. Cukuplah kan... Nak lebih2, kena usaha sediakan bahan jualan lebih2 lah jugak.. huhu
Apapun, ianya adalah pengalaman buat saya.. Dapat bertemu orang ramai secara live, dapat kawan2 baru dan dapat pengalaman baru.. memang seronok.. hehe
Sabtu, Julai 12, 2014
Kopiah plain n simple
Salam..
Projek menyelit dihari sabtu namanye ni.. hehe.. Kopiah simple je.. yg ke 2 sebenarnya ni.. yg 1st terlupa nak update dlm blog.. huhu
Hasil yg ke 2 ni lebih kemas n rapat berbanding yg 1st, hasil stitch nampak kasar n jarang.. Sekali imbas macam beanie je, tak macam kopiah pun.. huhu
Material :
Benang Nona no.91
Crochet hook saiz 2.5mm (lebih kemas jika guna hook saiz 2mm)
Saiz penyudah utk kopiah ni 18", sesuai utk budak lelaki umur 8-10 tahun..
Jenis stitch:
Double crochet (dc )
Front post double stitch (fpds )
Lepas ni nak try buat lagi design lain tapi plain n simple gak.. Lebih cepat n mudah nak disiapkan.. Kopiah jenis kufee 2 @ 3 color change dah ada dlm senarai projek crochet akan datang.. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan.. wassalam