Jumaat, November 28, 2014

When crochet hook meets polymer clay

Its awesome right!!?? 1st trial ni,bila tengok crochet hook member tu comeyyy je dibalut n dihias kemas dgn airdry clay...Memang laa mudah sangat jatuh hati dgn craft comey2 ni.. hehehe
Bahan asas hanya crochet hook yang besi biasa tu, n polymer clay ofcoz... Semua bahan dah memang sedia ada kat bilik kraf tu... Pastu gunakanlah kreativiti sendiri untuk balut clay kat batang besi tu n decorated dia...
Done.. hehe...
Yang penting keselesaan msa mengait... Soft handle n comfort grip... Lepas ni nak buat lagi, nak decor design lain pulak... Heee

Selasa, November 11, 2014

Pinkish Crochet Baby Hat

Assalam...

Citer minggu lepas ni.. Dah selamat pun sampai kat tuannya.. hehe

Simple pattern, tapi ambik masa agak lama nak buat sebab sedaya upaya tak nak sama dgn hasil orang lain, walaupun menggunakan stitch yg sama... Topi ni utk baby umur setahun... Ukurlilit lebih kurang 17inci...

Sungguh, bukan senang nak create sesuatu yg dah banyak orang buat, tapi at least kita olah semula biar ada beza walau sedikit...

Apapun, topi /beanie utk baby, saya masih sanggup nak buat walau ambik masa nak siapkan kerja sehari ni.. Maka, yg menempahlah harus sabar menunggu ye.. hehe

Material:
Benang nona No kod 12 (pink)
32 (hijau )
Crochet hook saiz 3mm
Harga RM25

Isnin, November 03, 2014

CLEAR STOCK Bunga riben

Salam..
Clear stock bunga riben.
RM7.00 / peket... Harga tidak termasuk postage...
Random mix dlm 1 peket..

Utk order, boleh WHATSAPP 019-9191436 Erma utk respon segera... Tq ❤❤❤






30 PCS / pkt

Ahad, Oktober 19, 2014

Benang cotton Gomerajut 2nd Batch

Assalam.. Selamat pagi Isnin...

Benang cotton indon gomerajut batch ke 2 dah sampai...

Cotton plain - RM10 / ball
Cotton mix - RM11 / ball

Saiz benang - 1 (super fine)
Saiz crochet hook - 2mm - 3mm
Saiz knitting needle - 3mm - 4mm

100% cotton taw...macam2 boleh buat dgn benang ni...

Ada yg berminat, boleh tengok detail kod warna2 benang dekat page fb saya, SILVERSTAR HANDICRAFT...

Stock sangat terhad... Siapa cepat dia dapat...tqsm ❤❤❤

Ahad, Oktober 05, 2014

Crochet Brooch AidilAdha

Salam AidilAdha...

Kait brooch utk dihadiahkan kpd bestfren, kebetulan dia balik beraya di kampung hubby nya yg dekat je dgn rumah saya... Tapi mmg tak tahu pun dia ade kat sini.. huhu

Dan kebetulan pulak hari ni besday dia... Kelam kabut laa duk fikir nak bagi hadiah ape kat dia.. Akhirnya terjadilah on the spot brooch.. Simple je, sebab, ini jelah yg sempat difikirkan pun.. huhu

Harap2 dia suka dgn hadiah simple ni tp dibuat dgn kasih sayang... Cewahhh...

Ada beberapa crochet project saya belum share kat sini...kebizian + line tenet yg semputtt... huhuhu...InsyaAllah kalau ada kesempatan akan saya share kemudian..

Undur diri dulu buat masa ni.. nak sambung mengait tempahan costumer.. Tempahan apakah ituww?? Kita tungguuuuu.. bye Assalam..

Sabtu, September 20, 2014

Cerita kelmarin ~~~ 1

Salam.. slmt malam..

Berehat2 usai solat isyak.. Saja nak share citer2 sepanjang minggu ni..

Bermula dgn si adik yg ke 4 diserang denggi.. hampir kritikal keadaannya tapi alhamdulillah dah semakin pulih... Keadaannya memaksa saya ke KL utk melawat dia.. Duduk kat rumah pun tak senang hati mengenangkan keadaan dia.. ermmm

Tapi dalam kesedihan, cuba juga menyelit kegembiraan bila akhirnya dapat menjejakkan kaki ke kedai Spotlight bertempat didalam Ampang Point.. Sempatlah juga menyambar beberapa buku benang n buku knitting cardigan n sweater yg diidam2kan.. Tp tak boleh berlama2.. serius rambang mata tahap meksima..hehehehe

Kini dah berada di syurga dunia saya, baru dpt berita yg adik dah balik ke rumahnya...keadaan masih lemah tp at least dah ada di tempat sendiri... Dan saya pula, dah bersedia meneruskan misi mengait sampai lebam n menambah koleksi WIP saya...hahaa...

InsyaAllah akan ada latest project yg ingin saya share dgn kalian.. Good news , saya dah mula mengembangkan bisnes dgn menjual benang kait cotton dari Indonesia; Gomerajut.. Berminat nak tahu lebih lanjut, sila ke Page fb saya : SilverStar Handicraft..

Berhenti di sini dulu.. Assalam..

Rabu, September 10, 2014

New product in da hauzz - BENANG COTTON GOMERAJUT

Salam.. selamat pagi...
Nak promote produk terbaru kedai craft saya; benang cotton Indonesia, Gomerajut..

Mesti ada yg dah biasa guna benang ni kan? Kejap lg saya akan upload satu persatu ye..

Stock sangatlah terhad.. Jadi cepat2lah order kalau dah berkenan ye... Tq all...

Sabtu, September 06, 2014

Latest personal project - CROCHET DOILY

Salam semua.. dah lama tak update blog. Kesibukan melanda, bergelumang dgn urusan rutin dan benang2...huhu

Hari ni nak share project CAL sy bersama group mengait kat fb,  CROCHET DOILY.. Dah buat ni hampir sebulan lamanya, tapi malam tadi kumpul tenaga dan segala semangat n paksa diri siapkan jugak projek ni..hehehe

Jenuh laa banyak sgt project WIP sy nak kena cuba settle satu persatu..
Belum campur dgn tempahan crochet lg.. huhu.. Tapi minat punya pasal kan, teruskan jugak la perjuangan ni.

Material:
Cotton thread GT 20gm - mix n plain (habis dlm 3 balls )
Crochet hook size 1.0 mm 

Pattern sy share dibawah kalau2 ada yg nak try kait sendiri.. benang apa2 pun boleh, ikut kebiasaan masing2... 

Ok lah.. nak sambung buat keje rutin lg.. InsyaAllah bertemu lg selepas ni dgn entry lain pulak.. Assalam...

Khamis, September 04, 2014

a Friend to knit with: slouchy cardigan (my latest project, I hope)

a Friend to knit with: slouchy cardigan: This is the one knit that I feel would be a great first sweater for someone. Very little rib. (One row, I did two.) A few simple decreases...

Isnin, Ogos 25, 2014

Benang kait ~ Cotton thread GT

Mix color:
RM4.00 / ball
RM19.00 / 5 balls

Plain color:
RM3.50 / ball
RM17 / 5 balls

Minimum pembelian 5 balls.
Harga tidak termasuk postage.

Order atau pertanyaan boleh Whatsapp / SMS - 0199191436 (Erma)
Page fb : Silverstar Handicraft

Ahad, Ogos 24, 2014

Promosi sempena Merdeka

N sempena besday sy yg akan tiba.. hehe..

Salam... Selamat pagi Isnin...
Sale bermula hari ini, 25hb Ogos hingga 9hb September...

Harga promosi RM8.00 / pack (5balls)....Minimum pembelian 2 pack... Harga tak termasuk postage.. PROMOSI HANYA UTK BENANG KAIT NONA KASAR SAHAJA..

Berminat, bleh WHATSAPP /SMS saya 019-9191436 

Kopiah simple lg ..tempahan bil

Salam..slmt hari minggu... Citer semalam ni.. Kopiah dah selamat dipakai dek tuannya.. Adik ipar saya je.. hehe

Dia tempah pd hari jumaat kelmarin.... Nak bagi kat dia hari sabtu.. Malam dah kait separuh jalan.. sepatutnya dah settle pagi sabtu tapi berkejar settle projek crochet yg lain dulu..

Penyudahnya bawak crochet n sambung mengait kat rumah dia je.. haha.. Sebab dah hampir siap, so tak ambik masa lama utk sudahkan...

So far so good nampaknya... Tuannya pun puas hati...  Alhamdulillah.. Harap ada rezki lagi selepas ni.. Biar sedikit, asalkan berkat...

Ahad, Ogos 17, 2014

Kopiah simple di bulan Syawal

Salam Syawal...

1st project utk bulan Ogos ni.. Alhamdulillah selesai juga.. Tempahan dr adik ipar n anak lelakinya... Pattern dr kopiah contoh yg diberi..

Quite difficult actually sbb nak kena  adjust size asal ikut size kepala anaknya... Tapi xde pengalaman jika x tempuh cabaran walaupun kecil kan...

Harap fit dgn kepala tuannya.. huhu.. Apapun, ada project lain menanti utk disiapkan.. kita sambung lg lain kali pulak.. hehe... Assalam.. slmt malam...

Ahad, Julai 27, 2014

Salam Aidilfitri

Isnin, Julai 21, 2014

Latest Crochet Project - Daisy baby booties

Salam Ramadhan ke 24.. Latest project semalam siap dalam masa 2 jam mengadap dia.. huhu

Hasilnya membanggakan jugak. Cuba kreatifkan diri sebab saya boleh buat dengan contoh atau diagram tapi tak pandai nak reka pattern sendiri.. So I did it now.. yeayyy

Baby booties ni utk anak buah. Ibu dia request maroon color. Saya tambah aksesori crochet daisy sebab bunga lain macam dah biasa tengok kat baby booties. Nampak exclusive sikit lah kan.. hehe..
Nanti nak buat topi pulak nak match dengan booties ni.. tunggu lah ye..

Material:
Benang Nona no.51 (putih )
Benang Nona no.72 (maroon )
Benang Nona no.57 (kuning )
Crochet hook saiz 3.5mm
Butang kemeja warna putih

Jenis stitch:
Chain (ch )
Single crochet (sc )
Half double crochet (hdc)

Sabtu, Julai 19, 2014

Costumer order lg- baby sun hat

Lega dapat siapkan topi ni.. Tak pernah buat n tak sangka boleh buat sebaik ni..

Ramai yg puji dengan kekemasan hasil crochet topi ni.. Tuan punya pun sgt berpuas hati.. Satu kejayaan buat saya sebenarnya.. hehe.. Comel je baby tu pakai hat ni.. Memang sesuai dgn dia yg kecik molek... ��

Terima kasih tak terhingga buat semua yg memberi sokongan... ❤❤❤

Material:
Benang Nona warna cream no.20
Benang Nona warna grey no.19
Crochet hook saiz 4.0mm

Jenis stitch:
Half double crochet (bhgian topi)
Single crochet (bhgian grey )
Double crochet (bhgian brim)

Saya tak pandai nak bagi tutorial.. so pandai2 sendiri lah ye.. huhu

Cerita carbootsale 19 Julai 2014

Assalam.. slmt pagi..

Seronok dpt join lg jualan carbootsale kat Riverfront @ Pekan, Pahang... Tempat tu bakal menjadi tapak tetap utk CBS lepas ni.. InsyaAllah...

Alhamdulillah dgn rezeki yg saya dpt malam tadi.. Mula2 ramai yg datang singgah ke gerai saya tp takde pun yg membeli.. Memang sedih gak.. Tapi yakin rezeki tu Allah yg bagi, so layan jelah costumer walaupun dorang tak beli apa2.. Memang bahan jualan tak berapa banyak pilihan, jual apa yg ada setakat termampu je...

Tapi dipenghujung waktu, Alhamdulillah ada yg membeli.. Hasil tak banyak tapi lebih dari yg saya target.. Cukuplah kan... Nak lebih2, kena usaha sediakan bahan jualan lebih2 lah jugak.. huhu

Apapun, ianya adalah pengalaman buat saya.. Dapat bertemu orang ramai secara live, dapat kawan2 baru dan dapat pengalaman baru.. memang seronok.. hehe

Sabtu, Julai 12, 2014

Kopiah plain n simple

Salam..

Projek menyelit dihari sabtu namanye ni.. hehe.. Kopiah simple je.. yg ke 2 sebenarnya ni..  yg 1st terlupa nak update dlm blog.. huhu

Hasil yg ke 2 ni lebih kemas n rapat berbanding yg 1st, hasil stitch nampak kasar n jarang.. Sekali imbas macam beanie je, tak macam kopiah pun.. huhu

Material :
Benang Nona no.91
Crochet hook saiz 2.5mm (lebih kemas jika guna hook saiz 2mm)

Saiz penyudah utk kopiah ni 18", sesuai utk budak lelaki umur 8-10 tahun..

Jenis stitch:
Double crochet (dc )
Front post double stitch (fpds )

Lepas ni nak try buat lagi design lain tapi plain n simple gak.. Lebih cepat n mudah  nak disiapkan.. Kopiah jenis kufee 2 @ 3 color change dah ada dlm senarai projek crochet akan datang.. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan.. wassalam

Sabtu, Jun 28, 2014

Crochet tablecloth in progress

Salam Ramadhan hari pertama... Selamat berpuasa semua...

Hari off memasak dr pagi sampai petang. So ambik peluang mengait tablecloth tempahan seorang kawan.. Pilihan warnanya ialah PINK ala2 peach color...

Granny square, sejenis pattern crochet yg cukup terkenal n simple..
Utk projek ni saya gunakan benang ACRYLIC NONA no.52 dgn no.79 ...

Still in progress.. so tak boleh citer panjang2...hehe.. Bila dah siap sepenuhnya, saya akan share lagi ye..

Ok nak sambung mengait... Kejap lg nak lelap sekejap.. Petang nak prepare utk juadah berbuka puasa pulak.... Jumpa lg... 

Bye.. Assalam

Selasa, Jun 24, 2014

Try n error - crochet organza ribbon

Salam..

Try n error crochet menggunakan riben organza lebar 2"... Saiznya besar berkali ganda dr crochet yg menggunakan benang... Nak try buat jugak? Meh saya ajar sket.. hehe

Bahan2nya ialah :
Riben organza saiz 2"
Crochet hook size 6 keatas (lg besar lg bagus)
Sebarang pattern simple seperti bunga atau alas gelas...
Yg paling penting ialah kekuatan fizikal n mental sbb mengait menggunakan material bersaiz besar ni banyak guna tenaga utk menarik semasa crocheting.. mcm saya terasa lenguh di bahu, mcm nak ada muscle je...hehehe

Ok, bahan2 dah cukup.. bolehlah mulakan ye.. selamat mencuba... ��

*boleh dijadikan perhiasan utk crochet bag atau alas gelas yg menawan...

Jumaat, Mei 30, 2014

Crochet Baby Beanie Hat .....

1st batch baby beanie hat crochet dr saya ... Blom banyak pattern lagi...Masih berusaha menyiapkan beberapa pattern lagi...Saya baru mula nak mencuba sesuatu yg baru....hehe

Bleh request size n color mengikut pattern yg ada... Harga berbeza utk stiap size... Bleh juga request pattern sendiri jika ada...

Berminat nak order atau nak tanya apa2 bleh whatsapp /sms sy @ 0199191436 atau pm sy @ fb page SilverStar Handicraft...

Baby Beanie Hat crochet .....

1st batch baby beanie hat crochet dr saya ... Blom banyak pattern lagi...Masih berusaha menyiapkan beberapa pattern lagi...Saya baru mula nak mencuba sesuatu yg baru....hehe

Bleh request size n color mengikut pattern yg ada... Harga berbeza utk stiap size... Bleh juga request pattern sendiri jika ada...

Berminat nak order atau nak tanya apa2 bleh whatsapp /sms sy @ 0199191436 atau pm sy @ fb page SilverStar Handicraft...

Khamis, Mei 29, 2014

Cross-stitch Biscornu

Salam Jumaat semua... Kelegaan yg amat besar bila akhirnya dapat siapkan biscornu ni...

Makan bulan, padahal simple je...kan.. huhu... Plan nak letak aksesori tp dah cantik bak kata rakan fb sy kat group cross stitch... Hehe... So maybe akan kekal begitulah nampak gayanya....

Besar gak saiznya... 7 inci... Mesti ada yg tertanya2, biscornu tu ape??
Ok nak citer sket.. biscornu ni sebenarnya adalah pincushion... Tp berbentuk 8 penjuru... So nampak unik kan?

Boleh dibuat dgn kain biasa atau cara patchwork... Tapi ni dibuat dgn cara sulam cross stitch... Macam2 pattern bleh buat... Google je nanti jumpalah pattern dia... Hehe

Ok ada lg projek cross-stitch menunggu utk disiapkan... Secepat yg mungkin... Memandangkan aktiviti crochet sdg dijalankan... Huhu... Jumpa lg... Assalam

Isnin, Mei 26, 2014

Beanie/hat for baby...dibuka utk order

Assalam... Slmt sejahtera.... Projek crochet terkini... Beanies for baby... Bunga gedabak besar saiz 3"....

1st time buat ni, tgk contoh pattern je dah jadi 2 bijik topi... Tapi yg bunga tu belajar kat YouTube ler...hehe

Seronok sgt bila dapat tgk hasilnya... Nak cuba buat beberapa contoh pattern lg, tp kalu ada yg berminat bleh la nak order ni... Bgtaw size n color yg diingini... N bermulalah pengembaraan saya bersama crochet... Heeee

Isnin, Mei 19, 2014

Baby booty n pink rose crochet.."sy budak baru belajar" :D

Salam... Slmat pagi Selasa...

Nak show off sket hasil bljar crochet baby booty n rose ngan cikgu YouTube semalam ... Heeee

Bahagianya bila dpt bljar sesuatu yg dah lama org lain pandai tp sy pulak baru nak mula ... Ehehee...

Tp its ok la kan... Yg penting ada minat n usaha utk bljar walaupun agak lewat... "There's never have too late word to learn"... My principal... Kununnnn :D

Ok, dah ada yg berminat?? Bleh contact sy utk bukak order... Hahaa..

Ahad, Mei 04, 2014

Personal projek - sarung sofa ...

Assalam... Slmat pagi Isnin...

Memaksa diri melaksanakan kembali projek terbengkalai... Buat sarung sofa rotan yg dh 4 tahun lamanya tak berganti baju sejak mula dibeli....huhu....

Faktor masa , dimana ianya selalu menjadi alasan terkukuh kpd sesiapa saja termasuk saya...hehehe... Sedang faktor utama adalah sifat Malas yg menebal dlm diri ofcoz...huhu

Tapi hari ni kena push sket diri ni settle kan apa yg patut n teruskan kerja tanpa byk fikir.... Selalunya byk fikir lah yg menyebabkan kita do nothing kan....... Ermmm....tabiat buruk namanya tu...

Percubaan pertama kali sebenarnya ni, sbb tak pernah jahit sendiri sarung sofa... Harap sgt semuanya akan berjalan lancar... Biarlah lambat asalkan sofa saya berwajah baru tahun ni...huhu

Anyway,  nak sambung kerja... Jumpa lagi utk story lain pulak nanti.... Assalam

Isnin, April 14, 2014

Packing2 tiny things in the morning.... :-P

Salam...slmat pagi Selasa....

Saja nak share xtvt mempacking manik2, labuci2 n  kristal2 yg sdg dijalankan...hehehh.... Nak tengok  items ni kna tunggu lah sampai sy habiskan packing....heee

Letih mngadapnye...sampai kna bg upah lak kat anak2 utk bantu keje2 packing ni...

Tp apa2 pekerjaan pun mmg perlu dilakukan dgn sabar kan... So teruskan je lah sampai selesai.... Semoga ada rezki buat sy n family hasil dr kesabaran itu.... InsyaAllah....

Sokongan anda juga sy harapkan utk terus bertahan dlm dunia bisnes yg penuh dgn persaingan...

Ok...nak selesaikan urusan rutin dulu sblom mengadap balik tiny stuff ni....huhu

Assalam....

Isnin, April 07, 2014

Xtra income dr simkad ToneExcel...



Tempat2 yg ada jual topup TuneTalk (ToneExcel) diseluruh Malaysia



Salam...slmat pagi Selasa. Curi masa sket selitkan iklan bisnes terkini yg dah makin popular ~ToneExcel (dibawah company TuneTalk )... Mesti ramai dah biasa dengar kan?

Apa special Tone Excel ni berbanding telco yg lain? Meh saya nak citer sket....

Faedah Tone Excel :
- Menjana pendapatan pasif seumur hidup
- Pendapatan bonus boleh diwariskan
- Layak mendapat insurans kemalangan percuma bernilai RM100,000 (tertakhluk kpd terma n syarat)
- Korporat rate Tune Hotels.com

Bagaimana nak mulakan program :
- Dapatkan Simkad ToneExcel dgn harga RM90 (percuma top up RM30)

Kekuatan Program :
- Boleh mngekalkan nombor telefon lama
- Tiada had masa - boleh buat cepat atau perlahan
- Boleh merujuk (refer) tanpa had
- Bonus dibayar 3x sebulan (11hb, 21hb, 31hb)
- Tiada produk utk dijual
- Boleh memiliki beberapa aaun (maksimum sehingga 10 akaun)
- Tak perlu ingatkan downline utk top up
- Tak perlu beli stock yg banyak
- Penyelenggaraan rendah - RM30 /bulan
- Kos rendah utk memulakan perniagaan (pasaran meluas dgn 30 juta pengguna telefon bimbit)
- Produk yg diperlukan semua org
- Umur 12 tahun pun boleh turut serta
- Terbuka juga kpd bukan warganegara yg mempunyai passport.

UTK MAKLUMAT YG LEBIH JELAS BOLEH WHATSAPP / SMS / CALL KE  013-9321436 (ZAWAWI)

Jumaat, Januari 24, 2014

BUTANG KEMEJA CORAK CHECKER

COLOR FROM LEFT ; CARAMEL BROWN , RED , DARK GREEN, DARK PINK, DARK BLUE, WHITE , LITE BLUE

COLORS FROM LEFT ; BROWN , DARK PURPLE , PINK , BLACK , LITE PURPLE , LITE PINK , DARK BROWN

Salam semua.. New items yg x bpe nak new..hehe..Butang yg bukan shj dijahit pd baju, malah boleh dipelbagaikan kegunaannya sebagai AKSESORI HIASAN KRAF..

Ada 14 kaler pilihan semuanya... Boleh campur2 kaler, takde masalah....

Saiz ~ 11 mm

RM 12.00 / 100 PCS (Nak beli 50pcs pun boleh, asalkan berbaloi dgn caj postage)

Berminat boleh pm sy @ page FB SILVERSTAR HANDICRAFT

Kalau nak respon segera boleh SMS/Whatsapp ke no 0199191436 (Erma)

Sabtu, Januari 11, 2014

LAST SET UTK DIHABISKAN!!!! JUALAN PUKAL BENANG KAIT NONA




- RANDOM MIX COLORS (tak boleh pilih ye...sorry)

- RM55.00 / 30 pcs .... POSTAGE PERCUMA (SEMENANJUNG SHJ)

- STOCK TERHAD.....SEBARANG PERTANYAAN n ORDER BOLEH PM SY @ FB PAGE SILVERSTAR HANDICRAFT or SMS/WHATSAPP 0199191436 (ERMA)

JUALAN SPECIAL NI....MAYBE TAHUN DEPAN BARU ADE LAK....SO ORDER CEPAT2!!!!!!



Khamis, Januari 02, 2014

NEW ITEMS 4 NEW YEAR ~ LACE 3D

WARNA PUTIH

WARNA MERAH

WARNA UNGU



WARNA COKLAT


WARNA SILVER

WARNA BIRU TERQUOISE

WARNA HITAM

WARNA GOLD

PANJANG - 11 INCI

RM19.00 SEPASANG

BOLEH PASANG KAT BAJU OR SEBAGAI AKSESORI KRAF....