Memaparkan catatan dengan label Handmade craft. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Handmade craft. Papar semua catatan

Jumaat, November 28, 2014

When crochet hook meets polymer clay

Its awesome right!!?? 1st trial ni,bila tengok crochet hook member tu comeyyy je dibalut n dihias kemas dgn airdry clay...Memang laa mudah sangat jatuh hati dgn craft comey2 ni.. hehehe
Bahan asas hanya crochet hook yang besi biasa tu, n polymer clay ofcoz... Semua bahan dah memang sedia ada kat bilik kraf tu... Pastu gunakanlah kreativiti sendiri untuk balut clay kat batang besi tu n decorated dia...
Done.. hehe...
Yang penting keselesaan msa mengait... Soft handle n comfort grip... Lepas ni nak buat lagi, nak decor design lain pulak... Heee

Sabtu, September 06, 2014

Latest personal project - CROCHET DOILY

Salam semua.. dah lama tak update blog. Kesibukan melanda, bergelumang dgn urusan rutin dan benang2...huhu

Hari ni nak share project CAL sy bersama group mengait kat fb,  CROCHET DOILY.. Dah buat ni hampir sebulan lamanya, tapi malam tadi kumpul tenaga dan segala semangat n paksa diri siapkan jugak projek ni..hehehe

Jenuh laa banyak sgt project WIP sy nak kena cuba settle satu persatu..
Belum campur dgn tempahan crochet lg.. huhu.. Tapi minat punya pasal kan, teruskan jugak la perjuangan ni.

Material:
Cotton thread GT 20gm - mix n plain (habis dlm 3 balls )
Crochet hook size 1.0 mm 

Pattern sy share dibawah kalau2 ada yg nak try kait sendiri.. benang apa2 pun boleh, ikut kebiasaan masing2... 

Ok lah.. nak sambung buat keje rutin lg.. InsyaAllah bertemu lg selepas ni dgn entry lain pulak.. Assalam...

Ahad, Ogos 24, 2014

Kopiah simple lg ..tempahan bil

Salam..slmt hari minggu... Citer semalam ni.. Kopiah dah selamat dipakai dek tuannya.. Adik ipar saya je.. hehe

Dia tempah pd hari jumaat kelmarin.... Nak bagi kat dia hari sabtu.. Malam dah kait separuh jalan.. sepatutnya dah settle pagi sabtu tapi berkejar settle projek crochet yg lain dulu..

Penyudahnya bawak crochet n sambung mengait kat rumah dia je.. haha.. Sebab dah hampir siap, so tak ambik masa lama utk sudahkan...

So far so good nampaknya... Tuannya pun puas hati...  Alhamdulillah.. Harap ada rezki lagi selepas ni.. Biar sedikit, asalkan berkat...

Ahad, Ogos 17, 2014

Kopiah simple di bulan Syawal

Salam Syawal...

1st project utk bulan Ogos ni.. Alhamdulillah selesai juga.. Tempahan dr adik ipar n anak lelakinya... Pattern dr kopiah contoh yg diberi..

Quite difficult actually sbb nak kena  adjust size asal ikut size kepala anaknya... Tapi xde pengalaman jika x tempuh cabaran walaupun kecil kan...

Harap fit dgn kepala tuannya.. huhu.. Apapun, ada project lain menanti utk disiapkan.. kita sambung lg lain kali pulak.. hehe... Assalam.. slmt malam...

Isnin, Julai 21, 2014

Latest Crochet Project - Daisy baby booties

Salam Ramadhan ke 24.. Latest project semalam siap dalam masa 2 jam mengadap dia.. huhu

Hasilnya membanggakan jugak. Cuba kreatifkan diri sebab saya boleh buat dengan contoh atau diagram tapi tak pandai nak reka pattern sendiri.. So I did it now.. yeayyy

Baby booties ni utk anak buah. Ibu dia request maroon color. Saya tambah aksesori crochet daisy sebab bunga lain macam dah biasa tengok kat baby booties. Nampak exclusive sikit lah kan.. hehe..
Nanti nak buat topi pulak nak match dengan booties ni.. tunggu lah ye..

Material:
Benang Nona no.51 (putih )
Benang Nona no.72 (maroon )
Benang Nona no.57 (kuning )
Crochet hook saiz 3.5mm
Butang kemeja warna putih

Jenis stitch:
Chain (ch )
Single crochet (sc )
Half double crochet (hdc)

Sabtu, Julai 12, 2014

Kopiah plain n simple

Salam..

Projek menyelit dihari sabtu namanye ni.. hehe.. Kopiah simple je.. yg ke 2 sebenarnya ni..  yg 1st terlupa nak update dlm blog.. huhu

Hasil yg ke 2 ni lebih kemas n rapat berbanding yg 1st, hasil stitch nampak kasar n jarang.. Sekali imbas macam beanie je, tak macam kopiah pun.. huhu

Material :
Benang Nona no.91
Crochet hook saiz 2.5mm (lebih kemas jika guna hook saiz 2mm)

Saiz penyudah utk kopiah ni 18", sesuai utk budak lelaki umur 8-10 tahun..

Jenis stitch:
Double crochet (dc )
Front post double stitch (fpds )

Lepas ni nak try buat lagi design lain tapi plain n simple gak.. Lebih cepat n mudah  nak disiapkan.. Kopiah jenis kufee 2 @ 3 color change dah ada dlm senarai projek crochet akan datang.. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan.. wassalam

Sabtu, Jun 28, 2014

Crochet tablecloth in progress

Salam Ramadhan hari pertama... Selamat berpuasa semua...

Hari off memasak dr pagi sampai petang. So ambik peluang mengait tablecloth tempahan seorang kawan.. Pilihan warnanya ialah PINK ala2 peach color...

Granny square, sejenis pattern crochet yg cukup terkenal n simple..
Utk projek ni saya gunakan benang ACRYLIC NONA no.52 dgn no.79 ...

Still in progress.. so tak boleh citer panjang2...hehe.. Bila dah siap sepenuhnya, saya akan share lagi ye..

Ok nak sambung mengait... Kejap lg nak lelap sekejap.. Petang nak prepare utk juadah berbuka puasa pulak.... Jumpa lg... 

Bye.. Assalam

Jumaat, Mei 30, 2014

Crochet Baby Beanie Hat .....

1st batch baby beanie hat crochet dr saya ... Blom banyak pattern lagi...Masih berusaha menyiapkan beberapa pattern lagi...Saya baru mula nak mencuba sesuatu yg baru....hehe

Bleh request size n color mengikut pattern yg ada... Harga berbeza utk stiap size... Bleh juga request pattern sendiri jika ada...

Berminat nak order atau nak tanya apa2 bleh whatsapp /sms sy @ 0199191436 atau pm sy @ fb page SilverStar Handicraft...

Baby Beanie Hat crochet .....

1st batch baby beanie hat crochet dr saya ... Blom banyak pattern lagi...Masih berusaha menyiapkan beberapa pattern lagi...Saya baru mula nak mencuba sesuatu yg baru....hehe

Bleh request size n color mengikut pattern yg ada... Harga berbeza utk stiap size... Bleh juga request pattern sendiri jika ada...

Berminat nak order atau nak tanya apa2 bleh whatsapp /sms sy @ 0199191436 atau pm sy @ fb page SilverStar Handicraft...

Khamis, Mei 29, 2014

Cross-stitch Biscornu

Salam Jumaat semua... Kelegaan yg amat besar bila akhirnya dapat siapkan biscornu ni...

Makan bulan, padahal simple je...kan.. huhu... Plan nak letak aksesori tp dah cantik bak kata rakan fb sy kat group cross stitch... Hehe... So maybe akan kekal begitulah nampak gayanya....

Besar gak saiznya... 7 inci... Mesti ada yg tertanya2, biscornu tu ape??
Ok nak citer sket.. biscornu ni sebenarnya adalah pincushion... Tp berbentuk 8 penjuru... So nampak unik kan?

Boleh dibuat dgn kain biasa atau cara patchwork... Tapi ni dibuat dgn cara sulam cross stitch... Macam2 pattern bleh buat... Google je nanti jumpalah pattern dia... Hehe

Ok ada lg projek cross-stitch menunggu utk disiapkan... Secepat yg mungkin... Memandangkan aktiviti crochet sdg dijalankan... Huhu... Jumpa lg... Assalam

Isnin, Mei 26, 2014

Beanie/hat for baby...dibuka utk order

Assalam... Slmt sejahtera.... Projek crochet terkini... Beanies for baby... Bunga gedabak besar saiz 3"....

1st time buat ni, tgk contoh pattern je dah jadi 2 bijik topi... Tapi yg bunga tu belajar kat YouTube ler...hehe

Seronok sgt bila dapat tgk hasilnya... Nak cuba buat beberapa contoh pattern lg, tp kalu ada yg berminat bleh la nak order ni... Bgtaw size n color yg diingini... N bermulalah pengembaraan saya bersama crochet... Heeee