Sabtu, September 20, 2014

Cerita kelmarin ~~~ 1

Salam.. slmt malam..

Berehat2 usai solat isyak.. Saja nak share citer2 sepanjang minggu ni..

Bermula dgn si adik yg ke 4 diserang denggi.. hampir kritikal keadaannya tapi alhamdulillah dah semakin pulih... Keadaannya memaksa saya ke KL utk melawat dia.. Duduk kat rumah pun tak senang hati mengenangkan keadaan dia.. ermmm

Tapi dalam kesedihan, cuba juga menyelit kegembiraan bila akhirnya dapat menjejakkan kaki ke kedai Spotlight bertempat didalam Ampang Point.. Sempatlah juga menyambar beberapa buku benang n buku knitting cardigan n sweater yg diidam2kan.. Tp tak boleh berlama2.. serius rambang mata tahap meksima..hehehehe

Kini dah berada di syurga dunia saya, baru dpt berita yg adik dah balik ke rumahnya...keadaan masih lemah tp at least dah ada di tempat sendiri... Dan saya pula, dah bersedia meneruskan misi mengait sampai lebam n menambah koleksi WIP saya...hahaa...

InsyaAllah akan ada latest project yg ingin saya share dgn kalian.. Good news , saya dah mula mengembangkan bisnes dgn menjual benang kait cotton dari Indonesia; Gomerajut.. Berminat nak tahu lebih lanjut, sila ke Page fb saya : SilverStar Handicraft..

Berhenti di sini dulu.. Assalam..

Rabu, September 10, 2014

New product in da hauzz - BENANG COTTON GOMERAJUT

Salam.. selamat pagi...
Nak promote produk terbaru kedai craft saya; benang cotton Indonesia, Gomerajut..

Mesti ada yg dah biasa guna benang ni kan? Kejap lg saya akan upload satu persatu ye..

Stock sangatlah terhad.. Jadi cepat2lah order kalau dah berkenan ye... Tq all...

Sabtu, September 06, 2014

Latest personal project - CROCHET DOILY

Salam semua.. dah lama tak update blog. Kesibukan melanda, bergelumang dgn urusan rutin dan benang2...huhu

Hari ni nak share project CAL sy bersama group mengait kat fb,  CROCHET DOILY.. Dah buat ni hampir sebulan lamanya, tapi malam tadi kumpul tenaga dan segala semangat n paksa diri siapkan jugak projek ni..hehehe

Jenuh laa banyak sgt project WIP sy nak kena cuba settle satu persatu..
Belum campur dgn tempahan crochet lg.. huhu.. Tapi minat punya pasal kan, teruskan jugak la perjuangan ni.

Material:
Cotton thread GT 20gm - mix n plain (habis dlm 3 balls )
Crochet hook size 1.0 mm 

Pattern sy share dibawah kalau2 ada yg nak try kait sendiri.. benang apa2 pun boleh, ikut kebiasaan masing2... 

Ok lah.. nak sambung buat keje rutin lg.. InsyaAllah bertemu lg selepas ni dgn entry lain pulak.. Assalam...

Khamis, September 04, 2014

a Friend to knit with: slouchy cardigan (my latest project, I hope)

a Friend to knit with: slouchy cardigan: This is the one knit that I feel would be a great first sweater for someone. Very little rib. (One row, I did two.) A few simple decreases...