Memaparkan catatan dengan label Kelas Jahitan Kraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas Jahitan Kraf. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 10, 2013

Sambil2 buat kelas ~ Quilting+AppliqueTable Runner (Part 1)

Contoh Table Runner, hasil kerjatangan saya yg dijadikan alas belakang sofa rotan diruang tamu rumah...

Ni pelajar saya, Kak Salmah namanya, yg sdg melukis motif bunga n daun utk menghasilkan  APPLIQUE @ SULAM TAMPAL..

Hasil Applique yg sudah separuh siap...

Kak Salmah sedang menjahit QUILTING dgn menggunakan tapak quilting  n benang monofilament (tangsi khas utk jahitan quilting)

Salam malam Sabtu....

Saja2 nak share dgn semua, kerjaya part-time saya di rumah ~ mengajar jahitan kraf. Saya hanya mengambil maksimum 2 org pelajar shj @ seorang lebih baik utk satu2 projek jahitan kraf krn faktor masa yg agak terhad dan juga krn dpt memberi tumpuan yg lebih supaya pelajar dpt memahami apa yg dipelajari.

Waktu belajar adalah bebas, mengikut kelapangan pelajar tapi ketetapan masa adalah 2-3 jam shj dlm sehari yg mana dijalankan diwaktu pagi. Ketika itu rumah saya memang sunyi sepilah sbb anak2 bersekolah. Jadi senang skit xde gangguan dr sesiapa.

Pic2 diatas ni adalah sebahagian dari perjalanan pembelajaran kelas jahitan saya yg sempat sy amik, yg mana projek trsebut masih belum siap sepenuhnya. Maklumlah, ni adalah projek pertama pelajar saya yg bernama K.Salmah. Jadi agak amik masa sedikit utk menyiapkannya. Kita tunggu kesudahannya minggu dpn plak ye...hehe

Stakat ni dulu buat masa ni. Insyaallah saya akan share lg slpas ni...Selamat mlm...Assalam

Rabu, Februari 27, 2013

Sambil2 buat kelas~ MIX n MATCH TOTE BAG

Sample produk / Sample set kit
MIX n MATCH TOTE BAG

MATERIAL : PLASTIK TRANSPARENT, KAIN ORGANZA, TALI BAG (KULIT PVC) , BEAD CHAIN (HIASAN),  HIASAN SULAMAN DR BENANG JEANS.

Pelajar sedang menghasilkan sulam renda yg menarik menggunakan benang jeans kaler biru...

Jahitan sulam renda yg telah siap, sedang dikemaskan menggunakan alat pemotong khas utk sulaman yg dipanggil HOT CUTTER.

Jahitan Manik rantai sebagai hiasan tambahn utk sulam renda menggunakan tapak khas.

Hasil jahitan yg telah siap bersama tuannya, K.Zaitun....:)

Salam....

Nak amik kesempatan sket, share citer tahun lps punya...hehe...Pelajar ke-2 saya, Kak Zaitun yg berminat nak belajar menjahit beg serbaguna ni. Saiz beg dan warna benang utk jahitan sulam renda boleh dipilih mngikut kesukaan pelajar.