Jumaat, April 10, 2015

Latest Knitting n Crochet Project ; customer order.


Assalamualaikum, Salam Jumaat. Lama tak update blog, kesibukan melampau. huhu.

Hari ni curi masa sikit upload latest project customer order. Lama dah tuannya order, hari ni baru completely finished. Alhamdulillah tuan punya berpuas hati. Saya hanya buat yg terbaik. Jika ada kekurangan, itu adalah kerana saya hanya manusia biasa yg selalu lalai. Muhasabah diri seketika.


KNITTING BABY DRESS.

Pattern dapat dari internet, hasil perkongsian pattern oleh admin group mengait di Facebook. Nama asal pattern ni adalah BABY SWEATER DRESS. Pattern asal menggunakan 1 warna benang. Tapi saya ubah menggunakan 2 warna utk menampakkan kelainan n menonjolkan rekabentuk dress.

Pattern ni saya dah pernah buat utk contest dgn warna yg sama. Customer berkenan sesangat dgn pattern saya tu. So buatlah jugak kan atas permintaan customer walaupun memang agak membosankan buat pattern yg sama dgn warna yg sama, huhu.

Material benang yg saya gunakan adalah BENANG BABYSOFT (rayon) . Sesuai dgn namanya, benang dari China ini sangat lembut n sangat sesuai utk baby. 

CUTE CROCHET BUNNY SLIPPERS / BOOTIES

Asalnya customer tunjukkan saya contoh n saya cuba cari n jumpa pattern asal di PINTEREST. Tapi sayangnya pattern asal ni kena beli lah pulak. huhu.

So saya decided utk design n tulis pattern sendiri. Tapi belum siap lagi, hehe. Masih dalam proses penyusunan. Maklum ini adalah percubaan pertama kali saya utk menulis pattern sendiri. Harap sgt semuanya berjalan dgn lancar.

InsyaAllah, bila dah siap nanti, saya akan post di sini sebagai FREE PATTERN. Sokongan para crafter sangat saya harapkan.

Material booties ni dari BENANG NONA M jer. Selanjutnya, nantikan pattern saya ye. *peace

Tiada ulasan:

Catat Ulasan